Kelantan-The Red Warriors
Selamat datang ke blogger Team Kelantan. Laman ini ditubuhkan untuk memaparkan blog berita sukan di Kelantan . Khususnya berita tentang bola sepak tempatan dan negara
Sunday, 25 December 2011
KELANTAN TEWASKAN KUALA LUMPUR | PERLAWANAN PERSAHABATAN
Dua gol Danny Antwi pada separuh masa pertama dan kedua permainan sudah cukup untuk Kelantan menewaskan pasukan dari lembah klang iaitu Kuala Lumpur.
Danny Antwi menjaringkan gol pada minit ke 5" dan 54" perlawanan untuk menggembirakan lebih dari 3 ribu penyokong The Red Warriors di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.
Skuad Kelantan akan bertolak ke Surabaya Indonesia pada 26 Disember 2011 bagi menghadapi perlawanan Unity Cup menentang kelab Persebaya Indonesia pada 28 Disember 2011 nanti dan perlawanan ini disiarkan secara langsung menerusi Astro Arena 801 dan Astro Bintang 141.
Tuesday, 6 December 2011
Rumah Banglo Apex Sudah Siap
KOTA BHARU: Banglo hadiah kerajaan Kelantan kepada Khairul Fahmi Che Mat sebagai penghargaan kerana membantu Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki tahun lalu sudah siap, namun ia belum diserahkan kepada penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan itu kerana belum menemui masa sesuai.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan Belia, Sukan Dan NGO Negeri, Abdul Latiff Ab Rahman berkata, mengikut perancangan banglo itu akan diserahkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Khairul Fahmi atau lebih mesra dengan panggilan Apek.
Menurutnya, sehingga kini majlis penyerahan rasmi banglo itu masih tertangguh berikutan Menteri Besar masih mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan manakala Khairul Fahmi pula sibuk menjalani latihan.
“Kita (kerajaan negeri) akan menyerahkan rumah banglo itu kepada Khairul Fahmi seperti yang dijanjikan kerana rumah terbabit sudah siap sepenuhnya, malah majlis ringkas akan diadakan sempena penyerahan itu.
“Bagaimanapun, disebabkan kedua-dua pihak masih sibuk dengan urusan masing-masing, kita tangguhkan penyerahan rumah berkenaan sehingga tiba waktu sesuai. Namun kita akan berusaha mempercepatkan proses penyerahan banglo itu,” katanya.
Zakaria Charara Lengkapkan Kelantan
Zakaria Charara
iPemain tengah berasal dari Lebanon, Zakaria Charara sah menjadi milik Kelantan untuk aksi Piala AFC pada musim depan.n tengah berasal dari Lebanon, Zakaria Charara sah menjadi milik Kelantan untuk aksi Piala AFC p
Menurut presiden persatuan, Tan Sri Annuar Musa, pihak KAFA memutuskan untuk mengontrakkan Zakaria selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk sumber kewangan, keupayaan, dan keperluan pasukan The Red Warriors.
Zakaria menunjukkan aksi cemerlang ketika membantu Kelantan mencatatkan kemenangan 2-1 menewaskan skuad kebangsaan Maldives dalam perlawanan pra musim namun gagal memikat hati pihak pengurusan pada perlawanan seterusnya.
Namun, kepulangan Albert Banning ke tempat asal ekoran masalah teknikal menyebabkan Zakaria menjadi pilihan utama pihak pengurusan untuk diserapkan kedalam skuad Sang Kijang.
Selepas perbincangan secara menyeluruh, segala terma dan rundingan berkaitan gaji telah diselesaikan pihak KAFA dengan Zakaria dan dia dijangka turun sesi latihan rasmi bersama seluruh pemain Kelantan esok (pagi)
iPemain tengah berasal dari Lebanon, Zakaria Charara sah menjadi milik Kelantan untuk aksi Piala AFC pada musim depan.n tengah berasal dari Lebanon, Zakaria Charara sah menjadi milik Kelantan untuk aksi Piala AFC p
Menurut presiden persatuan, Tan Sri Annuar Musa, pihak KAFA memutuskan untuk mengontrakkan Zakaria selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk sumber kewangan, keupayaan, dan keperluan pasukan The Red Warriors.
Zakaria menunjukkan aksi cemerlang ketika membantu Kelantan mencatatkan kemenangan 2-1 menewaskan skuad kebangsaan Maldives dalam perlawanan pra musim namun gagal memikat hati pihak pengurusan pada perlawanan seterusnya.
Namun, kepulangan Albert Banning ke tempat asal ekoran masalah teknikal menyebabkan Zakaria menjadi pilihan utama pihak pengurusan untuk diserapkan kedalam skuad Sang Kijang.
Selepas perbincangan secara menyeluruh, segala terma dan rundingan berkaitan gaji telah diselesaikan pihak KAFA dengan Zakaria dan dia dijangka turun sesi latihan rasmi bersama seluruh pemain Kelantan esok (pagi)
Undian Piala AFC 2012
Pasukan yang bertanding dalam Piala AFC 2012.
Sebentar tadi berlangsungnya undian bagi saingan Piala AFC 2012 di Rumah AFC, Kuala Lumpur. Sebelum ini pasukan Terengganu terpaksa melalui perlawanan Play-Off untuk layak ke peringkat kumpulan Piala AFC.
Selepas kelab dari Indonesia, Persipura Jayapura dan kelab dari China, Lioning menarik diri dari menyertai pertandingan Piala AFC 2012, Terengganu layak secara automatik ke peringkat Kumpulan Piala AFC 2012.
Berikut adalah carta bagi Kumpulan F & Kumpulah H selepas undian yang disertai oleh wakil dari Malaysia, iaitu pasukan Kelantan & Terengganu dalam Piala AFC 2012.
Kumpulan F
1. Terengganu FA - MALAYSIA
2. Kitchee - HONG KONG
3. Song Lam - VIETNAM
4. Tampine Rovers - SINGAPORE
Kumpulan H
1. Kelantan FA - MALAYSIA
2. Arema Indonesia - INDONESIA
3. Ayeyawadi United - MYANMAR
4. Navibank Saigon - VIETNAM
Monday, 5 December 2011
Kelantan Atur 3 Perlawanan Persahabatan
Tan Sri Annuar Musa.
KOTA BHARU – Tiga pasukan termasuk sebuah kelab yang menjuarai Liga Qatar antara pasukan yang bakal dihadapi oleh skuad Kelantan dalam siri perlawanan persahabatan yang diatur oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) di Kota Bharu sepanjang bulan ini.
Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, selain kelab tersebut, dua pasukan yang beraksi dalam Liga Super musim depan iaitu T-Team dan Terengganu juga turut mengesahkan akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Kelantan.
“Saya baru sahaja mendapat persetujuan lisan mengenai kehadiran kelab tersebut ke Kota Bharu. Cuma tarikh untuk perlawanan persahabatan ini kita masih belum tetapkan bila ia akan diadakan.
“Ini merupakan fasa kedua bagi persiapan pasukan dimana kita memberi tumpuan kepada beberapa perlawanan persahabatan sebagai persediaan menghadapi perlawanan Sumbangsih. Perlawanan persahabatan menentang T-Team akan diadakan pada 10 Disember dan Terengganu pada 31 Disember nanti.
“ Jika perlu kita merancang untuk ke utara tanah air pada pertengahan bulan ini bagi menghadapi beberapa perlawanan persahabatan lagi di sana. Namun itu masih dalam perancangan kita dan belum dimuktamadkan lagi.
Mengulas mengenai persiapan pra-musim skuad Kelantan yang berakhir minggu lalu, Annuar yang cukup gembira dengan empat kemenangan daripada lima perlawanan tetap memberi peringatan itu merupakan sebahagian daripada permulaan kepada beberapa fasa persiapan terakhir The Red Warriors bagi menghadapi saingan liga tidak lama lagi.
“Bulan November yang tidak sia-sia bagi kita apabila mencatatkan keputusan yang memberangsangkan dalam perlawanan persahabatan tersebut. Kita mendedahkan (perlawanan persahabatan) kepada pemain muda sebagai langkah jangka panjang dan terbukti ia menepati matlamat kita.
“Bulan ini bermulalah fasa kedua bagi kita. Dengan kehadiran pemain import, beberapa baru dan pemain senior yang melengkapkan pasukan, bukan lagi soal mencuba atau memberi pendedahan sebaliknya cabaran baru kepada jurulatih yang perlu mengadunkan ketiga-tiga elemen itu bagi membentuk sebuah pasukan yang mantap,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Annuar turut menjelaskan Kafa turut melepaskan beberapa pemainnya kepada pasukan lain bagi membolehkan mereka mengembangkan karier masing-masing.
“Selain Khairan Eruan (Razali) yang mengikat kontrak dengan Felda United FC, kita juga turut meminjamkan Mohd Nizab (Ayub) kepada pasukan yang sama manakala Wan Zaman (Wan Mustapha) dan Zul Yusri (Che Harun) dipinjamkan kepada pasukan Perlis,” katanya.
Nazmi Enggan Cepat Lupa Diri
Nazmi Faiz Mansor.
PEMAIN sedang meningkat, Nazmi Faiz Mansor berazam ‘tidak mahu cepat hanyut’ dengan pujian dan populariti diterima, sebaliknya akan terus cuba meningkatkan permainan dan memperbaiki kelemahan diri. "Saya akan cuba tingkatkan permainan serta perbaiki kelemahan diri."
“Pada awal saya terkejut juga dengan perhatian diberi selepas memenangi pingat emas Sukan SEA di Jakarta, tetapi saya sedar saya tidak boleh berpuas hati setakat ini dan perlu meningkatkan prestasi saya,” kata pemain 17 tahun itu.
“Tetapi jurulatih sering memberi amaran dan nasihat kepada kami supaya tidak melayan perkara-perkara remeh begitu dan mahu kami memberi tumpuan penuh kepada latihan dan kerjaya sebagai pemain bola sepak.
“Saya gembira jurulatih (Ong Kim Swee) memberi saya peluang sekali lagi untuk bersama skuad Olimpik ke Australia dan saya akan gunakan peluang ini mengutip seberapa banyak pengalaman antarabangsa.”
Nazmi akur antara kelemahan yang ada pada dirinya dan perlu diperbaiki segera ialah ketahanannya beraksi selama 90 minit di mana sebelum ini, dia sering mengalami kekejangan selepas sejam beraksi.
“Saya sudah berjumpa pakar di ISN dan sampel darah saya diambil, tetapi belum mendapat keputusan ujian masalah yang saya alami itu,” kata Nazmi yang meledak gol cantik ketika tewas 3-2 kepada Bahrain dalam kelayakan Olimpik bulan lalu.
“Saya harap dalam masa terdekat, masalah ini akan dapat diselesaikan dan saya akan mula beraksi penuh pada setiap perlawanan.”
Nazmi yang kini menjadi pemain penuh Harimau Muda A (sebelumnya B), mengakui tidak teragak-agak untuk menyertai kelab luar negara sekiranya mendapat tawaran dari kelab yang mempunyai nama di peringkat Asia.
Sunday, 4 December 2011
Ramzul Sedia Cabar MatYO
RAMZUL tetap berfikiran positif dan percaya peluangnya untuk diturunkan masih ada jika dia terus meningkatkan usaha pada sesi latihan.
Untuk rebut posisi penyerang pasukan Kelantan musim depan
PANTANG mengalah sebelum berjuang! Itulah yang boleh menggambarkan keazaman penyerang muda, Mohd Ramzul Zahini Adenan yang terpaksa bersaing dengan pemain lain, termasuk pemain import untuk memantapkan jentera skuad bola sepak Kelantan dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M), musim depan.
Jika diikutkan dalam senarai pemain dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sebelum ini, Ramzul mungkin terpaksa bersaing dengan dua pemain import serta penyerang lincah kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha di posisi depan pasukan.
Persaingan yang terpaksa diharungi pemain berusia 23 tahun ini dilihat sukar, namun dia tetap berfikiran positif dan percaya peluangnya untuk diturunkan masih ada jika dia terus meningkatkan usaha pada sesi latihan.
“Sudah pasti perasan risau tetap ada, tapi bagi saya ia lebih kepada persaingan sihat antara semua pemain Kelantan termasuk saya untuk terus meningkatkan prestasi semasa. Saya juga rasa Mat Yo masih hebat.
“Kehadiran pemain import bukan satu beban kepada saya, tapi saya menjadikannya sebagai motivasi kepada diri saya. Sekurang-kurangnya ia dapat membantu saya ‘mencuri’ dan mempelajari teknik baru daripada mereka (pemain import),” katanya ketika dihubungi semalam.
Malah, kehadiran pemain dan jurulatih baru, Peter Butler dalam skuad The Red Warriors musim ini juga bagaikan membuka peluang kedua kepada penyerang itu untuk membuktikan kemampuan sebenar sekali gus dipilih untuk membarisi kesebelasan utama.
“Jurulatih pernah memberitahu pemain, dia (Butler) tidak akan ‘melebihkan’ pemain import berbanding pemain tempatan jika mereka (pemain import) tidak beraksi baik dan sedia memilih siapa saja dalam skuad utama,” katanya.
Subscribe to:
Comments (Atom)






